BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Masa itu ibarat pedang

Friday, May 27, 2011

Rokok



Assalamualaikum w.b.t..

Insya-Allah pada entri kali ni, aku akan menyentuh bab rokok yang merupakan isu yang PANAS sekarang?
Mungkin ada yang akan rasa tersinggung pada entri aku kali ini, aku nak minta maaf awal-awal tapi aku memang sengaja bagi korang semua terutamanya PARA PEROKOK untuk tersinggung. Sebab perkara ini bukan main-main. 

 Dari pemerhatian aku dan kajian yang pernah aku jalankan di Matrikulasi dahulu, kebanyakan dari kita adalah perokok. Hal ini amat membimbangkan kerana dari hadis di atas, kita sudah mampu menilainya. Aku tetap berkawan dengan perokok-perokok tapi jangan cuba menghasut aku untuk merokok. Sebab jawapannya tetap sama, aku takkan merokok. Silap haribulan, korang pula yang akan berhenti merokok. Apa yang aku perhatikan, gelagat para perokok ini tetap sama. Mari aku tunjukkan.

  1. Bagi para perokok terutamanya pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi yang mendapat kemudahan asrama akan menghabiskan masa untuk merokok di dalam TANDAS ASRAMA. Wow!!!! Aku nak ulang sekali lagi, DI DALAM TANDAS ASRAMA. Mari kita renung sejenak, siapakah penghuni tetap tempat-tempat kotor seperti tandas jikalau bukan SYAITAN dan IBLIS. Sengaja aku mahu anda tersinggung. Adakah anda rakan baik kepada kedua-dua makhluk Allah ini?
  2. Perokok akan menjalankan aktivitinya menjelang waktu senja dan di tengah malam. Dan sekali lagi aku ingin menegaskan bahawa kedua-dua waktu ini adalah waktu kesukaan IBLIS DAN SYAITAN. Pernah tak anda mendengar nenek anda di kampung akan menjerit seperti ini menjelang senja,"Cucu... Masuk rumah.. Hari nak Maghrib dah ni.. Nanti hantu bawak sorok". 
  3. Jikalau para perokok ni tidak merokok dalam satu hari, kehidupan mereka menjadi tidak keruan. Kadang-kadang aku nampak seperti terkena sampuk. Perghhh... Gerun. Misalnya, mereka akan batuk tidak henti-henti hingga sampai satu tahap mereka akan jatuh sakit. Tapi, kalau tak baca al-Quran dalam satu hari tak pula jadi macam tu kan?? Biasalah. Sudah terkena suntikan maut IBLIS DAN SYAITAN.
Pelbagai ragam manusia lagi aku jumpa dari kalangan perokok-perokok ini. Tapi, tak kuasa aku nak menulis satu per satu. Lagipun, aku nak menarik minat anda semua untuk terus mendalamai entry aku ni. Kepada yang tidak biasa melihat orang merokok apa lagi mendengarnya, lets me story one by one. Hehe. Rokok adalah sejenis silinder yang diperbuat dari kertas yang mempunyai TEMBAKAU yang telah dicacah. Rokok akan dibakar pada satu hujungnya supaya ia membara dan dapat menghisap asapnya. Manusia awal yang mencipta dan menghisap rokok adalah suku bangsa India di Amerika atau lebih tepat lagi Red Indian. Memang terbaik. Para perokok bersahabat dengan manusia yang memakai bulu di kepala, menconteng muka, dan memakai cawat. Mereka merokok untuk memuja roh. Aku ingin BOLDkan di sini. MEREKA MEROKOK UNTUK MEMUJA ROH. Terkejut!! Relax la der. Perokok tak terkejut pown. Sikit pun tak goyang kan.

Sepanjang aku hidup di atas muka bumi ini, banyak tohmahan yang dilemparkan para perokok kepada aku yang berusaha menarik mereka keluar dari kepompong ini. Aku ingin sekali berkongsi di sini.

  1. "Bro.. Relax arr.. Merokok ja pown.. Aku tak percaya kalau ko ngaku ko tak pernah merokok walaupun sekali dalam hidup ko? Jangan nak tipu la"
  2. "Rugi la hang tak pernah hisap rokok. Hilang satu nikmat yang Allah bagi kat dunia ni"
  3. "Hang kalut pa weh!! Mak pak kami tak pernah kisah pun kami hisap rokok. Hang sapa nak tazkirah kami kat sini?"
  4. "Siapa ulama' tu? Manusia mana boleh senang-senang ja jatuh hukum haram untuk merokok. Manusia tiada hak dalam menjatuhkan hukum halal haram"
Apa perasaan anda jika kejadian ini menimpa diri anda? Putus asa? Maaf. Istilah putus asa tiada dalam Kamus Dewan dan Kamus Oxford hidup aku. Jom tengok bagaimana aku mencantas hujah-hujah diorang??

  1. "Aku tak mampu untuk membuktikan bahawa aku ni tidak pernah merokok. Tapi, menurut kajian para perokok akan mengalami masalah berkaitan kesuburan tidak mengira lelaki atau perempuan. Bagi lelaki, kualiti sperma akan terjejas manakala bagi wanita, janin mereka tidak akan berkembang dengan baik. Kita tengok pada masa hadapan. Kalau ditakdirkan anak awak jadi bodoh, tidak pandai seperti awak, dan lemah, jangan salahkan dia. Kerana ia disebabkan sperma anda sendiri yang tidak mampu menghasilkan sperma yang berkualiti. Jangan salahkan isteri kamu jika dia lari meninggalkanmu kerana kamu tiada ciri-ciri lelaki idaman wanita yakni mati pucuk."
  2. "Hebatnya hang! Boleh lagi keluar kalimah Allah. Aku ingat dah tak mampu mengucap dah. Alhamdulillah. Tapi, aku nak tanya satu soalan kat hang la. Kenapa hang nak pilih nikmat sebegini sedangkan Allah memberi segala macam jenis nikmat lagi di dunia ini? Kenapa tidak memilih nikmat untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis? Lagi banyak nikmat. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Tak pernah ka hang dengaq,"bau busuk mulut orang yang berpuasa adalah lebih wangi dari wangian kasturi di syurga". Kasturi itu adalah raja segala wangian. Bagi orang beriman, mereka menafsirkan amalan sunat seperti ini,"kalau buat dapat pahala,kalau x buat, alangkah ruginya". Hang nak tau tak. Terlalu banyak Allah bagi nikmat di dunia tapi banyak lagi nikmat di akhirat. Kalau la hang boleh nampak pahala tu, aku rasa 100% hidup hang memang kat masjid la.".
  3. Yang ketiga ni,aku terkedu. Speechless. Bagi aku, kurangnya perhatian dan kesedaran ibu bapa memang akan menyebabkan perkara ini terjadi. Bagi aku, golongan ini tidak layak bergelar ibu dan bapa kerana mereka tidak mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak ke arah jalan kebenaran. Aku nasihat kepada diri aku dan anda yang membaca, persiapkanlah diri anda untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab sebelum anda memasuki alam rumahtangga.
  4. "Hang hina para ulama'?. Aku nak tanya ni? Hang amik diploma in electrical engineering (electronic) ,kan?" Jawabnya,"Ya." "Tolong bagi taw semua jenis komponen dan fungsi-fungsinya? Dan cerita kat aku macam mana komponen-komponen ini dipasang?" Jawabnya," Aku mana blajaq habis lagi. Baru masuk seminggu." "Hang tak jawab soalan aku lagi kan? So, hang masih lemah untuk menilai ilmu orang. Para ulama' berbahas berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan mengikut prosedur yang tertentu. Mereka akan berkumpul di bawah satu organisasi dipanggil Majlis Fatwa Kebangsaan dalam menentukan hukum-hukum baru. Hang pernah dengar dengan nama ini?" Jawabnya,"Tak". "Hang hidup dengan mengaku sebagai seorang Islam tapi organisasi Islam kat negara hang sendiri pun hang tak kenai. Hang mengata kat para ulama' kan tadi? Sekarang, aku anggap hang ulama' dan tolong jelaskan kat aku apa itu Ijma' dan apa itu Qias?" Jawabnya,"Aku tak tahu". "So,keterlaluan tak kalau aku kata hang sekadar hidup dengan nama dan status dalam IC sebagai Islam? Mesti hang sakit hati kan? Sebab aku memang sakit hati kalau hang menghina para ulama'. Ok. Aku nak tanya satu perkara lagi. Baru-baru ini kajian mendapati ada unsur-unsur lemak babi dalam puntung rokok. Apa tindakan hang?" Jawabnya,"Benda tu dikaji lagi kan? Tak sure lagi". "So?" Jawabnya,"Aku tak berhenti lagi". "Apa itu syubhah dan apa hukum mengambil benda yang syubhah?" Jawabnya,"Haram" "Syabas. Aku rasa hang tolong menjawab pertanyaan hang balik. Sepatutnya hang tak perlu tanya aku, sebab hang dah tau. Tapi syaitan tu suka berbisik kat hang. Dan hang pun ikut bisikan dia dengan menyerang aku secara membabi buta. Jangan marah kalau aku kata, aku dah lali jumpa orang macam hang. Kalau nak berbahas silakan lagi. Sebab hang hanya akan memperoleh kekalahan sebab hujah-hujah hang amat rapuh."
Mesti ada tertanya kenapa negara kita masih tidak meletakkan hukum haram kepada rokok.
  1. Tidak boleh dilaksanakan secara telus kerana TOK-TOK IMAM pun merokok time melepak kat warung dan kedai kopi.
  2. Rokok merupakan salah satu penyalur pendapatan terbesar dalam negara. Pernah anda dengar subsidi untuk rokok? Sepanjang aku mengikuti pembentangan bajet atau belanjawan negara, harga rokok akan sentiasa meningkat.
  3. Orang-orang Islam di Malaysia ni lebih "HEBAT" dari para ulama'. Mereka mampu melawan para ulama' dengan hujah-hujah mereka walaupun kebanyakan tahu hujah mereka adalah karut-karut belaka.
  4.  Umat Islam di Malaysia tidak mampu menerima perubahan dengan hati yang terbuka seperti sahabat Rasulullah tapi aku tak pasti siapa.Yang pastinya salah seorang dari 4 khalifah Islam tersebut. Beliau menuangkan semua tempayan-tempayan arak miliknya selepas Rasulullah S.A.W menerima wahyu tentang pengharaman arak dan judi.
ada
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga datang dari-Nya tapi diletakkan atas bahu saya supaya kita semua sedar bahawa Allah yang Maha Berkuasa atas sesuatu.

Sekian untuk kali ini. Bertemu di entry akan datang.




0 comments: